Saturday, January 28, 2012

Layan Ombak Rindu

Arrr....baru abis layan Ombak Rindu .... hujan kat luar tu memang menambahkan tragik masa aku menonton. Rasanye dah lama sangat aku x layan cerita mcm ni sbb memang aku x gile movie pon. Dah lama filem ni kluar tp baru skang aku ade perasaan nak tengok.

To me this love story is OK to watch...relax ...x payah nak pikir teruk2 mcm tgk The Matrix..huhu. Anyway what i love most about this story is the background song called Ombak Rindu. I was surprised it sang by Adira, sepanjang menonton aku dok pikir siape punye suara yg terkesan di hati ni! Serious her voice really make this song awesome! Guitar ku...esok ko teman aku layan lagu ni ok!

Joe....I miss U! Good nite




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
(hohohoooo...)

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada CINTA AGUNG

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Thursday, January 26, 2012

ROSE2ROSE (Dari Wanita Untuk Wanita)

As salam...
Maybe ade yg kata story pasal Al-Aqsa ni da outdated...tp aku rasa kita patut jugak ambik tau selagi issue Palastine belum selesai..betul tak? ni cuma dr hati aku la....x salah kalau nak ambik ikhtibar.

Sebelum ni aku ade story sket pasal Aqsa Syarif dgn activiti2 diaorg. Mesti ade tertanya nape nak sibuk2 dgn org d Palastine sedangkan kat Malaysia ni pon byk lg yg susah boleh kite tolong...errr susah jugak aku nak cakap. Tapi ape yg aku tau... itu adalah tuntutan kita sesama Islam sbb isu Palestin bukan isu politik, tetapi ia adalah isu yang lebih besar dari tu yg berkaitan dengan akidah umat Islam.

Ni antara petikan yg aku dpt berkaitan issue Palastine dan tuntutan terhdap kite sebagai Islam...

"Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah  SWT, apabila umat Islam
membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan
dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis Yahudi?
Ingatlah wahai saudara-saudaraku mengenai firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya: ayat
92 yang bermaksud;
Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang  satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah
engkau menyembah akan Daku”.

Sesunguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam, adalah
watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Ia bumi para Anbiya’ kerana
ramainya para nabi yang lahir di sana, antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf dan Nabi Ismail
`alaihimussalam. Bumi ini telah menyaksikan penukaran tongkat kepimpinan dunia daripada
Anbiya’ terdahulu kepada nabi Muhammad SAW apabila Baginda SAW menjadi imam ketika
solat di Masjidil Aqsa."


So, renung-renugkanlah. Ape yg kita boleh buat? tak semestinya kita pergi tarung nyawa di Palestine tp paling kurang membantu dgn cara lain i.e bg bantuan duit or barangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam. Aku bukan nak berdakwah ke ape...tp rasanya ape yg patut aku sampaikan aku cube la...takan nak cerita pasal p holiday je kan...hehehe...even after this kalau ade yg nak buat bantuan untuk rakyat Islam dimana2 negara saja pon aku akan sokong!

Ok back to ROSE2ROSE...
Ni satu lg usaha Aqsa Syarif khas untuk para wanita yg berminat untuk sama2 membantu rakyat Islam Palastine. Usaha ini ialah merupakan Projek Pusat Komuniti Wanita Palestin yang diberi nama “Rose Al-Aqsa”. Pusat ni bertujuan untuk improve kan lg kemahiran wanita Islam di Palestine dlm bidang kemahiran kraf, menjahit dan industri makanan.

Nak tau lebih lanjut jom click sini ROSE2ROSE

"Buat la ape yg termampu dan ingatlah walau sebesar zarah pun kebajikan yg dilakukan akan di hitung dan dibalas oleh Allah SWT.....insyAllah"


Tuesday, January 24, 2012

Trip to Hong Kong H5N1

Haiyaa....apa mcm selalu di H1NA (virus baru hehe)


Second Person In China Dies From H5N1 Avian Flu Virus
Aku baru plan nak p HK dgn Cnet & Pana ujung bulan 4...H5N1 la pulak. Bile masa H4N1,H3N1 & H2N1 jadi x tau ... ke ahli perubatan ni da malas nak ckp pasal virus unggas ni selagi takde yg mati! So buat diam je tup2 dah H5N1. Whatever.. asal negara tercinta aku ni selamat dr bala penyakit berjangkit!

Hmmm...bile baca keratan akhbar on 22nd baru ni cam ok je kalu p sana. Bukan aku nak p tempat pelihara ayam or unggas pon. Nak p Disneyland hehehe...arrr...dilema betul.

Tido lagi bagus...Hong Kong tunggu kedatangan ku!


PUTRAJAYA 22 Dis. — Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di negara ini setakat ini, sama ada di kalangan manusia ataupun unggas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, kementerian sedang memantau perkembangan terkini kejadian tersebut berikutan laporan media mengenai kejadian H5N1 di Hong Kong.

"Orang ramai tidak perlu risau dengan wabak H5N1 yang hanya berlaku di kalangan unggas di Hong Kong. Tiada jangkitan di kalangan manusia yang berlaku dan pihak berkuasa Hong Kong sudah mengambil langkah kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasan berkata, untuk tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 57 kes Influenza A (H5N1) dengan 30 kematian di kalangan manusia di empat negara iaitu Mesir (36 kes dengan 13 kematian), Kemboja (lapan kes dengan lapan kematian), Indonesia (11 kes dengan sembilan kematian) dan Bangladesh (dua kes tanpa kematian).

Beliau berkata, kementerian bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui Pelan Kesiapsagaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) sejak 2006 lagi.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui pemantauan seluruh negara juga mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak 2007.

"Untuk tahun 2011, JPV telah menjalankan 1,600 ujian H5N1 terhadap sampel unggas dan kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Hasan berkata, walaupun risiko dijangkiti H5N1 adalah rendah namun sebagai langkah pencegahan dan kawalan, orang ramai dinasihat supaya mengelakkan pasar yang menjual unggas hidup apabila mengunjungi negara yang terlibat dengan jangkitan itu.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihat supaya tidak memegang unggas yang didapati mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar berdekatan, manakala penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari JPV.

Orang ramai juga dinasihat selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, mendapatkan rawatan di klinik apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI) terutama bagi mereka yang terlibat dalam pengendalian unggas serta melaporkan sebarang kejadian kluster ILI ke Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, katanya. — BERNAMA

KOngsi-Kongsi - Aqsa Syarif

4 hari coti CNY ni memang membosankan sebab aku tak balik....ni la akibat planning kucar kacir jap nak balik jap tak balik. So masa2 bersendirian ni aku buat ape2 yg aku suke e.g ronda2, baca buku, jaga Coco (si kucing Inang) dan makan2...hahah..nasib baek ade jugak jiran yg rapat, so aku mengangkut diaorg ni p teman aku tiap kali makan di luar. Tq jiran.. Bai & Cheq :)

Ok la....kali ni aku nak share sikit pasal AQSA SYARIF....gapo dio ni? yang aku tau diaorg ni ade involve dlm misi menyelamat GAZA di Palestine. Lebih dr tu aku x tau sehinggalah bile aku joint satu session yg IKRAM miri arrange special on Aqsa Syarif on last 22/1/12.

Aqsa Syarif ni satu company rupanye...ingat tak peristiwa Mavi Marmara? haaa diaorg ni la antara org kuat yang menyertai konvoi tu. Memang tinggi betul semangat diaorg ni kan? bukan senang tp disebabkan keprihatinan pada rakyat sesama Islam di Palestine dan juga usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa maka company ni di tubuhkan. Diaorang ni adalah sukarelawan atas dasar kemanusian. Fuhh memang kagum aku!


Mavi Marmara
Ape objective diaorg ni?

1. Sampaikan maklumat yg tepat pada rakyat Malaysia tentang isu pembebasan Palestine dan Masjid al-Aqsa
2. Salur bantuan kemanusian  kepada rakyat Palestine.
3. Salur bantuan kewangan berterusan
4. Membina jaringan kerjasama dgn organisasi berkaitan dgn Palestine di dlm dan luar negara.

Ahli lembaga tertinggi company ni ade 7 org and salah seorang ialah Dr Mohd Tahir (father of Faizal Tahir) - sorang je yg aku ingat sbb dia ayah artist feveret aku...suara mantop gitu! sama tak sama tak???

  

Ape information yg aku dpt?

Masha- Allah...Palestine ni dah di seksa dan di tawan oleh Zionis Yahudi sejak thn 1948 lagi. Bayangkan dah hampir 64 tahun dijajah. kesian sungguh rakyat Palastine...tak terkira berapa ramai dibunuh dgn kejam x kira tentera atau org awam.Hampir seluruh negara Palastine dah di tangan Yahudi dan yg tinggal hanya Gaza ( keluasan ada lah lebih kurang sebesar Negeri Sembilan). Tersangat la kecik dan padat sebab semua rakyat Islam Palestine hanya selamat di Gaza. Itu pun tentera Yahudi dok jaga and perati activiti diaorang. Gaza ni jugak dikenali sebagai penjara dunia terbesar sebab dikelilingi tembok tinggi sepanjang sempadan kawasan Gaza dan semua pintu masuk di kawal sepenuhnya oleh Yahudi. Sekarang hanya satu pintu masuk yg dibuka. Yahudi ni memang jahat...diaorg sekat makanan dr masuk ke Gaza kecuali yg di bekalkan oleh Yahudi. So, kalau di sana semua makanan or barang2 keperluan semuanya made by Yahudi...ni wakil Aqsa yg dtg cakap sebab dia sendiri ke sana (iron lady tau - Cik Hasyimah,muda lagi)
Map of Israel

 Gaza (ciput je - white area)


Ape lagi yang Hasyimah kongsi pasal kehidupan rakyat Islam Palestine... disana takde kes curi, bunuh atau dadah. Sangat baek kan? walaupun hidup susah...rumah sempit, makanan dan ubat tak cukop, x selamat..bile2 masa bole kene tembak atau bom. Tapi bumi Palestine memang dilindung Allah, sumber rezeki sentiasa ada...Hasyimah kata tanah disana subur , buah strawberi nak sama besar dgn lemon, lembu yg amat besor berbanding lembu kat Malaysia ni. Tengok gambar2 yg dikongsi memang tanjat boboi tau!
Rakyat Islam sana sgt berbangga dgn anak2 mereka yg syahid masa berperang sampai gambar2 diaorng ni ditampal sebesar alam di rumah dan jugak terpapar kat advertisment board di bandar Gaza. Bukan mcm tempat lain gambar pompuan seksi je yg byk..heheh. Walaupun begitu rakyat sana sgt percaya Allah akan menjaga mereka disebabkan itulah diaorang cekal meneruskan hidup. Ramai yg cacat dan xde pekerjaan hasil dari tindakan jahat Yahudi. Anak2 kecik lelaki suke melepak tp bukan lepak kat shopping complex tau...sebab dlm rumah sgt kecik dan x selesa so diaorg lepak sambil belajar mengaji, hafal al-quran dan belajar teknik mempertahankan diri. Sini ada camtu? memang jauh mcm  langit dgn bumi.. semangat juang dah di tanam dr kecik....x mcm negara susah yg lain...anak2 kecik ni x pandai meminta kalau ade org luar dtg atau takan terima pemberian duit sbb dah diajar ..semua bantuan mesti disalurkan pada tempat pengumpulan yg ditetapkan. Lepastu baru dibahagikan sama rata ikut level fakir,miskin dan golongan yg ada pekerjaan. Ya Allah...masa aku dengar ni memang aku rasa malu kalau kita tak jujur dan tak bersyukur.!

Banyak bantuan utk rakyat Palestine dah disalurkan selama company Aqsa Syarif ni selama beroperasi. Antaranya;

1) Pembinaan kilang roti persahabatan Malaysia-Palestine bernilai RM630K
2) Memberi dana RM25k untuk project ternakan lembu
3) Program anak yatim dan keluarga miskin Palestine
4) Bantuan persekolahan
5) Bekalan ubat-ubatan sebanyak RM150K melalui misi Aqsa2Gaza2
6) Qurban Kasih Ummah - 28 ekor lembu
7) Iftar sumbangan rakyat Malaysia - 1000 pek makanan bernilai RM100K

So, kalau ada antara kita yg dah menyumbang mungkin dah di gunakan untuk bantuan di atas. Yang penting ikhlas kan and at least kite tau la kemana duit tu dibelanjakan....alhamdulillah semoga kita dpt keberkatan.

Eh..aku nak share jugak latest project dr Aqsa Syarif yg kita bole joint untuk sama2 membantu....next entry!

Semoga ape yg aku sampaikan ni betul (maklum la aku bukan pengarang hebat pon). Ni base on my observation during that session.

Wallahualam!







Saturday, January 21, 2012

Signboard in Action

Kalau buat jugak entah la...kuikui

Hahahah...... ni kes takde R&R la ni

Lor.... special bebenor kangaroos ni

Pencinta binatang

?????

mane ko nak pegi?? cer crite

Abih lelaki x gossip??

Elok sgt la dkt dgn Cemetery

Poning makcik....mano nak lalu ni 

Baek cabut je signboard ni

Khas untuk tuan dan anjingnye

kalau tgk atas tu maksudnye "awas lembu melintas" kalau tgk yg bawah  " awas  tgh mengelembu" hahaha

Cerita pasal HOBBY

Main mati-mati

Chuck Lamb atau dikenali sebagai The Dead Body Guy hobinya suka berlakon mati. Dia ambik gambar sendiri  seolah2 mati pas tu post dlm website semenjak tahun 2005. Dia ni dah jd glamer bile 32Mil org melayari website dia pasal hobby pelik ni, masuk Tv , radio dan surat khabar. Gile glamor mamat ni!
Tapi ape yg motivate die untuk terus buat semua ni? Cube teka?
Katanya die selalu berangan jd pelakon dan keluar Tv..heheh tp die mengaku x pernah berlakon dan x hensem...hahahha sebab tu belakon mati je kan? kelakar...memang kelakar. Oh ya die ni dah ade 6 orang anak. Rasa2nye ade tak pas ni die buat siri anak beranak mati bersama!






Interframe di latar belakang Tv 


Ni plak hobby Paul Yarrow dr London. Die sgt suke keluar Tv live show tp kat belakang je. Bila saje ade camera crew di kawasan awam die pn tunjuk muka kat belakang...tgk la dgn selamba baca news paper & tersengih. Die telah muncul dlm beberapa siaran langsung di BBC, ITV, Channael 4 dah SKy News di beberapa tempat yg berlainan. Kesimpulannye di mana ade live crew kat situ la die ade. Sebenarnye mamat ni nak sgt jd cast member di Big Brother.... wahahah sakit perut agu gelak dgn hobby dia ni!


















Menderme pada org yg tak dikenali

Reed Sandridge pernah hilang pekerjaan dan buat kerja baru iaitu bagi $10 pada sesiapa yg dia rasa memerlukan setiap hari pada org yg berlainan. Die tak mintak balasan tp rasa berpuas hati tu yg die nak. Die selalu ingat kebaikan mak die iaitu anak kepada penggali arang batu (datuk die la ni) yg selalu bagi nasihat "Kalau kamu melalui keadaan yg susah, itulah masa yg baik untuk kamu memberi sesuatu". Selepas tahun ke-3 kematian mak nya, die pon memulakan "tahun memberi sumbangan" dan mencatatkan dlm buku setiap pemberian $10 tu dan juga menceritakan dlm blog dia tenteng org2 yg die jumpa. Pada hari ke 94 die dah menyumbang almost $1,000, dikatakan membuat sumbangan x kira keadaan termasuk dlm keadaan hujan, ribut petir atau panas. Mana die dpt sumber duit sbb die x kerje...Dia menggunakan duit simpanan dan juga unemployment benefits untuk memberi sumbangan tu. (kalau la kat Msia ade gaji untuk jobless kan bagus). Duit yg die bagi ada jugak digunakan untuk si penerima membantu org lain. Dlm blog, dia ada menceritakan org2 yg die pernah jumpe tu jugak mengikut jejak langkah die dgn membantu yg lain pulak.

Baek betul hobby ni...ape kata kita cuba buat.

Buat bunyi Lembu! hahah

Budak Austin Siok 10 thn ni memang pakar buat bunyi lembu "menggemooo". Dia dikatakan pemenang bg acara pertandingan tahunan mengemoo di Wisconsin State Fair sebab bunyi yg dibuat memang serupa dgn lembu original dan mengalahkan 80 org peserta lain. Die buat hobby ni dr tadika dan bertambah gigih berlatih bile keluarga terbaca pasal articel on the contest. Austin menerima $1,000, jaket bercorak lembu, pingat emas bergambar lembu dan setahun subscription percuma dr penaja pertandingan.

Hmm...x terpikir pulak ade pertandingan mcm ni. Kalau buat bunyi Khinzir ade yg terjeluak kot!






Mengumpul pil khayal ecstasy


Seorang lelaki Dutch menghabiskan 2 dekat mengumpul pil ecstasy dr pelbagai kaler dan bentuk sebagai hobby. Die telah mengumpulkan sebanyak 2,400 pil. Tapi malanagnye semua collection tu telah dicuri dan die telah membuat laporan polis atas kejadian kecurian tu tp bukan report tentang barang terlarang yg dikumpul sebab die takut kalau ade yg termakan salah satu dr pil yg beracun tu dr collection nya.Silap gaye die yg kene gantung! Aku rasa yg curi tu drug addict gamaknye..


Tattoo kenderaan

Cerita ni pasal seorang lelaki Taiwan pencen yg suka melukis setiap inci kenderaan die dgn perkataan2 yg baik dr teks Buddhist. Nama die Li Zongxiong berumur 71thn. Die mempunyai bengkel kereta sendiri dan mula melukis 2 trucks dan sebiji motor kepunyaannye pd tahun 1999. Perkataan yg dilukis meliputi semua kenderaan tersebut termasuk lah cermin, windscreen, bodywork, pintu, wheels dan jugak plate number hahahah.....Die kata hobby ni memang bawak masalah sbb ade org yg kata die khianat dgn menconteng kereta org dan polis pon x paham kenapa ade org yg nak cover kerete dgn menulis di setiap ruang kerete tu. Yang kelakar...anak2 die dah melarang bapaknye tu dr membeli kenderaan lain sbb diaorg dah tau nanti bapak die tu akan decorate penuh dgn perkataan x kisahla brape mahal harga kenderaan tersebut. Tp cucunye berjanji bile dah besar dia akan belikan sebijik bas utk datuknye meneruskan hobby tu!


                            
Grooming Anjing
Tengok betul2..gambor kat bawah ni bukan harimau tp anjing yg dah di transform dgn dye seperti harimau...creative terlebih la ni. Hobby dr China ni memang pelik. Kalau hantar pets untuk grooming bukan setakat shamppo dan trim bulu tp siap dgn dye berwarna warni.Dr kajian yg dijalankan dr tahun 1999 - 2008 didapati duit yg dibelanjakan untuk pets menigkat sebanyak 500% dr seluruh China. Hmmm ape lah yg binatang tu fikir kan?  da x kenal sedara ...


                                            





Saturday, January 14, 2012

Most Amazing Face Painting

Jom layan...

Geli weh aku nak makan pizza pas ni

ni cute

Hahahah...kelakor

macam pokok daa

hantu ke kene tumbuk?

Pakcik Ujang ko?

Azam Taon Baru? How to start :)

As- Salam,


Nampak gaye awal tahun 2012 ni agak mandom bg aku di sebabkan 3 perkara utama;
1) jauh dgn family 
2) xde activitiy lasak
3) azam taon 2011 x tertunai kui kui kui


Tapi x sedar je 2011 da abis.Tak ade ape makne dgn nombor2 tu kan? Yang hilang masa...Bile pikir balik memang rugi pulak dgn masa yg terbuang.Mentang2 la free kan, tapi semenjak umor meningkat ni aku agak ambik berat dgn ape yg aku buat dimasa lapang...


Ok la aku rasa tiap taon ramai org buat azam baru....2012 guane? ke baru nok pasang niat serupe aku? hahaha bior lambat asal ade kan? Aku ade terpikir kenapa susah jugak nak fullfill azam ni...mungkin b4 this niat tak brape nak ok kot....so aku nak share info on how to start your AZAM. 


Moh la kite berazam...semoga Allah berkati AZAM dan usaha kite ye...Amin.


1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.
3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.
4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.
5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasiuntuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.

Sape stress? Baca ni www.imotivasi.net