Saturday, August 22, 2015

Mabuhay Boracay 7

Assalamualaikum!

Entry ni untuk catatan perbelanjaan masa di Boracay. Harap entry Boracay bole di manfaatkan kepada yang lain....and as my personal reference in future. Di Philipines terdapat byk pulau-pulau yang cantik. Bila dah kesana baru aku dapat feel Boracay dan cara tak langsung menambahkan semangat nak explore lagi. Jika diizinkan, pasti aku pegi lagi.

The downside of Boracay mungkin terlalu ramai pelancong bila peak season dan harga semua mahal. Bagi aku walaupun dtg pada low season, Boracay agak mahal berbanding Krabi atau pulau di Indonesia. Another things, Boracay ni terkenal dgn bar & party jadi memang ramai mat & minah salleh yg suka. Kalau yang muslim pegi x yah la berparty sgt ye nanti mak marah hahhaha...lariiiiii! Jadi pandai2 la pilih activity yang sesuai k. Kene ingat kemana je pegi kite ade perkara wajib yang di pertanggugjawabkan. Tapi sgt recommended dan kene datang to feel the Boracay heat!

Kami berempat bagi 7.5/10 rating for this BORACAY trip...not bad ha! 

So, the expenses in general as follows;

1) Air Asia return - RM365 per person
2) Guesthouse for 4 nights x 2 rooms - RM690
3) Food app. RM600 for 4pax 
    (kitaorg buruk lantak...makan x bole sikit!) 
4) Activities 

a. Island Hoping wt fruits & drinks :P3500/4pax - private boat
b. helmet dive - P700  
c. parasailing - P1000  
d. ATV Mount Luho - P700

Total for all activities app. RM320 per person

Wokey, itu saja untuk expenses kami disana. So per pax hanya RM1200+ tak termasuk shopping. Kalau include ape yang aku shopping pon x sampai RM1500 in total.


Currency is RM1 = P11.6

Untuk kenangan dan cenderahti buat family, kitaorg beli yang simple2 like T-shirt (RM8), fridge magnet, keychain, bags, towel wt Boracay embroider, swimming attire, sun glasses (RM8.60 satu hhaha...beli kat penjaja tepi pantai, tapi aku suke). 

Kebanyakan brg2 tu beli kat Talipapa sbb jauh lebih murah dari D'mall dan penjaja di White Beach. Jangan lupe kuasa membeli...bargain sampai lebam!

Ok tak? hihi...kitaorg rasa berbaloi-baloi dgn experience di sana. 

Untuk itu chioww!



Mabuhay Boracay 6


Assalamualaikum dan selamat pagi Boracay!

Hari ke-5 adalah akhir terakhir kami di Boracay. Sebelum berangkat balik, awal2 pagi Joe da melilau di kawasan pantai Bulabog untuk capture sunrise, setelah penantian kali pertama untuk tgk rinsrise pada hari ke-2 tidak berapa terang kerana awan tebal. 

Aku da tido mati sbb lambat tido siapkan packing. Hari terakhir, kami habiskan bekalan makanan untuk breakfast dan menunggu untuk dikutip oleh wakil southwest pada jam 9.30 pagi.

Alhamdulillah...lama x tgk sunrise
Waktu pagi budak-budak ni da berjogging...hihi
Bulabog at sunrise
In overall, kami suke Boracay. Dengan izinNYA segala perancangan kami berjalan lancar dan selamat. Hmm rindu plak suasana kat sana.... moh teman koi tgk gambo lagi...memory daun pisang!


At the Jetty while awaiting for the boat

Baibai Philipine...we gonna miss ya!

Bulabog 

White Sandy Beach of Boracay
Willy's Rock









Mabuhay Boracay 5


Assalamualaikum Dunia!

Lagi dgn entry Boracay untuk hari ke-4.

Hari ini free & easy activity. Plan asalnye nak ke Ariel Point tapi last minute tukar plak sebab kami nak explore Puka Beach melalui jalan darat. So, of we go to Puka Beach via tuk-tuk with P150/way.

Puka beach terletak di kawasan hujung Boracay. Menaiki tuk-tuk dalam 15mnt. Pagi2 lagi org2 tempatan dah sibuk keluar menacari rejeki.

Di Puka Beach, memang kami berendam dan sun tan saje...hahhaha! Pantai ni lebih dikenali dgn seashell beach sbb banyak seashell yang cantik2 kat sini. Pasirnye tetap putih tapi kasar sedikit dr white beach sand. Hmm kami suka Puka sebab tak ramai orang dan lebih privacy. Memang suasana berbeza dgn White Beach. Rasa pantai ni kami yang punya!


















Lebih kurang pkl 12, kami bergerak balik ke Bulabog dan terus ke Talipapa untuk makan di gerai no.74. Hidangannye dah siap2 diletak dlm magkuk/piring. Pilih mana yang nak....walaupun x banyak, masakannye mmg sedap. Lunch tu kami pilih telur mata dan gulai leamk ikan  dgn asam. Sedap weiii! Tapi rata-rata sayur memang sgt kurang. Masalahnye org Philipine kulit gebu gebas. dan x hitam walaupun duduk tepi pantai...haishh! Sealin di gerai no 74 ni ade satu lagi kedai muslim bertajuk HALAL dideretan belakang gerai no.74. Owner HALAL org mindanau, tapi kami x sempat nak rasa masakannye, tapau milo ais je! 

Malamnye aku dgn La pegi spa di area bulabog! Banyak je spa center di bulabog & white beach dgn harga yang berpatutan ...tapi agak susah nak cari yang tertutup. Kebetulan jumpa spa kat dalam small shopping mall yang sesuai so, aku berdua berspa la sampai tetido...dan aku berkroh2 sesekali. Sejam hanya P350. Joe & Iki merayau2 sambil minum ayaq nyor...Dalam perjalanan balik, kami singgah mengopi di i-site coffee yang cool & bersih! Sampai bilik, sampai la masa berkemas2 untuk balik esok. Huwaaaa.....





Mabuhay Boracay 4


Assalamualaikum dunia!

Hari ke-3 di Boracay, kami semakin bersemangat nak explore kawasan pulau tersebut. Sebelum tu, aku nak share on pencarian seafood malam sebelumye di Talipapa wet market dan kedai yang bole masakan hasil tangkapan kami....mari-mari makan besarrrr!

Tak susah nak cari pasar ni...memang berdekatan kedai2 souvenir di Talipapa. Harga takde la murah sangat tapi agak berbaloi sbb lobster & ketam masih hidup, mankala ikan, udang, sotong memangggg super duper fresh! Oleh kerana x tahan tgk semua hasil laut yang segar, kami pon membeli jugak selepas berdingdong -dingdong dgn taukey untuk dptkan harga yang paling sesuai dgn budget.


Tiap hari lalu D'mall tapi xbeli ape2 sbb mahai!
Oh ye..sblm ke wet market, kami cari kedai makan muslim. Plan asalnye nak mkn je ape yg ade, tapi alangkah sedih, kedai yang kami jumpe di Talipapa da nak tutup at 8pm....nasib la makcik tukang masak tu offer untuk tlg sediakan makanan kalau kami bole beli lauk di pasar. Memang mcm org ngantuk disorong bantal la....trus pegi dan kembali dgn senyuman sambil serahkan hasil tangkapan...Btw, kedai ni ramai blogger yg propose, Lot No. 74 Talipapa.

Taraaaa.... ni la hidangan dinner kami semalam! licin dan menjilat sampai ke siku...terbaek baq hang. 





Bayaran untuk upah masak lebih kurang RM16/kg. Bagi aku ok aje sbb dapat rasa masakan local people. Lobster butter garlic ni sgt sedappppp! tolong la rasa kalau pegi sana...chili crab and fried prawn in soy sauce pun tak kurang enaknye....adoiii seriously sedap weiii.

Ok..dah-dah la pasal makan kan. Activiti hari ke-3 kami adalah mandi manda di white beach,Parasiling dan Helmet Diving di Bulabog...yeeehaaaa kami x sabor!

Pukul 7 pagi, kami da bermandi manda di white beach. Waktu pagi air tenang dan hangat...sesuai sgt untuk mandi manda. Yang best x payah mandi pagi dulu...trus terjun pantai baru rasa nikmat berganda! Lepas siap kami balik ke guesthouse sambil tunggu our guide datang.

Tempat pertama kami ke helmet diving dulu. Ya Allah....seriously seronok helmet dive ni. Ntah la kalau aku je yang over,but truly new experience. Aku yg tak penah scuba dive sgt2 teruja dgn activiti ni. Must try k!


O2 tanks 
Helmet dive lebih kurang 30mnt underwater. Selain tu akan diberikan vcd & unlimited picture taken by the guide.  Aku x puas 30mnt..next macam nak ambik scuba license. I luv underwater things! Pic underwater kendian ye


At the platform.. the helmet is app 20kg

Lepas tu kami parasailing! up high in the sky...overall menarik jugak parasailing ni. Rasa rilex dan dpt tgk persisiran pantai di Boracay dr atas. Angin agak kuat, sekali sekala belon tu bergoyang ke kanan ke kiri. Kepada kamu yang gayat tinggi, harap bertenang. Aku? hihi...x gayat la sbb tu seronok...


Harness checking before parasailing
The speed boat looks so small
Parasailing lebih kurang 20mnt saja. Lepas tu kami dibawa ke darat semula...habis la activity di belah pagi. Kami balik dan lunch dgn bekalan yg ada, beli nasi putih dari restaurant berdekatan.

Petangnye kami ke Mount Luho menaiki ATV. Tak jauh pun dari ATV centre...labih kurang 10mnt da sampai. Lepas menaiki tangga ke menara tinjau, bole la tgk sekeliling kawasan Boracay dari puncak Mount Luho. 



Di atas ni, x ada ape yang special, tetapi tetap berbaloi bg kami yang giler bergambar. Lagipun prinsip kami, setiap pelusuk tempat ada keistimewaaan tersendiri, so peluang untuk pergi jangan lepas, Sepatutnye bole tgk sunset dari sini, tapi cuaca mendung bile hampir senje, dan sekali lagi kami xde rezeki nak tgk sunset secara keseluruhan. 





Cara lain yang lebih jimat ke Mount Luho dengan menaiki tuk-tuk atau kalau lebih trill jalan kaki saja di sepanjang Bulabog beach. Selain ATV, bole jugak sewa buggy car atau berkuda...yibayiba andreandre.

Itu saja activity di hari ke-3. Malamnye merayap lagi ke D-mall & Talipapa untuk beli sedikit sourvinor dan melepak di kedai coffee! fuhh penat tapi kami suka!


Comel plak key chain kayu ni...bole ukir nama 












Mabuhay Boracay 3


Kembali lagi ke sesawang Kokly! hi

Langsung ke activity di hari ke-2 di Boracay...Jom island hoping!

Pukul 9 pagi, Nonoi - our tour guide  da tecegat di kawasan guesthouse nenunggu kami seperti yang dijanjikan. Selepas pendaftaran, kami pon melompat masuk ke banka boat Nonoi dan terus dibawa ke crocodile island. 

Cuaca baik dan perjalanan ke crocodile island kejap aje....sampai sana, cekeboooor!!! ape lg snorkling la hahha.....kali ni experience yang berlainan dgn pantai di Krabi, Thailand. Arus agak deras bile berada dlm air, jd keadaan tidak berapa tenang masa snorkling...asyik nak hanyut je terumbang ambing. Sepanjang masa kene berpegang pada tali keselamatan yang diikat pada boat. 





Walaubagaimana pun ikan dan batu karang cantik kat sini...air dalam  tetapi jernih sampai bole nampak dasar. Ikan pon banyak, lagi2 umpan dgn roti.....hihi.. da puas snorkling kitaorg move ke Crystal Cove dgn entry fee P200 sorang (x termasuk dlm pakej).



Di Crystal Cove ni of course la begambo sbb cantik decorationnye. Asalnye crsytal cove di diduduki penduduk native. Selepas dimajukan untuk pelancungan kaum native ni banyak yang masih bekerja di crystal cove sampai sekarang. Selain bergambarm kitaorang mandi-manda dan snorkling di kawsan celah2 batu yang disediakan. Mak aiii ....memang semua tempat airnye dalam keliling pulau ni. Tapi jangan risau, sbb gelombang x kuat macam tengah crocodile island tadi. So aku lege, sbb x payah pakai life jacket yang melimitkan pergerakan dlm air. Seronok jugak main2 air, berenang2 anjing kat crystal cove ni. Penat berenang kami rest kejap untuk lunch - buah, roti, biskut semua kami hentam....lapar punye pasal. 





Sejam kami di Crystal Cove, menikmati keindahan pulau yang airnya berkaca bak kristal. Selepas tu, kami ke magic island, hanya melalui nye saja... sbb masa x mengizinkan, lagi pun activity di sini pon sama - mandi manda / snorkling dan bole buat terjunan tiruk di paltform yang disediakan. Nak masuk sini kene bayar P150/ pax. Moh le layan lagi skit gambar2 di cystal cove ni!

Terjunan dr rakit yang x menjadi
Hai pengantin baru...selamat hitamkan kulit

Air jernih dan dalam....peace yo!


Next, kami berenti untuk memancing.... best jugak dok tengah laut sambil memancing...kami dpt 6-7 ekor ikan je hahhaha....memang x bertuah. Hasil tangkapan kami bagi kepada tekong boat. Nonoi kata memang macam tu lah kebiasaannye sbb penduduk di sana kebanyakannya susah, jadi ikan2 tu bole jadikan lauk....kesian pulak bile aku dgr macam tu! 


Iki dapat ikan paling cantek!
Lebih kurang 4 1/2 jam island hoping kami balik semula ke Bulabog. Seronok sangat! Tak tau la kenapa...mungkin aku suke pantai. Teringat masa umur 8-9 tahun abah paksa belajar swimming masa membesar di PD sampai kembung minum air masin! wakaka


Kami suke Crystal Cove...JUMP!!
Lebih kurang 2pm, kami dah sampai ke gueasthouse. Rehat, solat dan lunch dgn bekalan yang ada. Petangnye kami ke white beach untuk tgk pasir yang dikatakan putih & halus dan nak tgk sunset. Tapi awan mendung bile hampir senje, jadi sunset agak terlindung. Tetapi white beach x mengecewakan, cantik dan bersih. Memang best lepak sambil tengok keadaan sekeliling. Tgk gambo jom....

Yeaaa da pijak white beach! hhahah halus mulus pasir




Awan mendung berarak


Nak bina istana pasir x pandai...gores2 aje la








Suhanallah!
Malam nye plak, kami berlegar2 di D'mall dan terus menyambung niat mencari seafood yang dikatakan fresh dan murah di kawasan Talipapa. Continue next entry on jalan-jalan cari seafood k! Adios