Kembali lagi ke sesawang Kokly! hi
Langsung ke activity di hari ke-2 di Boracay...Jom island hoping!
Pukul 9 pagi, Nonoi - our tour guide da tecegat di kawasan guesthouse nenunggu kami seperti yang dijanjikan. Selepas pendaftaran, kami pon melompat masuk ke banka boat Nonoi dan terus dibawa ke crocodile island.
Cuaca baik dan perjalanan ke crocodile island kejap aje....sampai sana, cekeboooor!!! ape lg snorkling la hahha.....kali ni experience yang berlainan dgn pantai di Krabi, Thailand. Arus agak deras bile berada dlm air, jd keadaan tidak berapa tenang masa snorkling...asyik nak hanyut je terumbang ambing. Sepanjang masa kene berpegang pada tali keselamatan yang diikat pada boat.
Walaubagaimana pun ikan dan batu karang cantik kat sini...air dalam tetapi jernih sampai bole nampak dasar. Ikan pon banyak, lagi2 umpan dgn roti.....hihi.. da puas snorkling kitaorg move ke Crystal Cove dgn entry fee P200 sorang (x termasuk dlm pakej).
Di Crystal Cove ni of course la begambo sbb cantik decorationnye. Asalnye crsytal cove di diduduki penduduk native. Selepas dimajukan untuk pelancungan kaum native ni banyak yang masih bekerja di crystal cove sampai sekarang. Selain bergambarm kitaorang mandi-manda dan snorkling di kawsan celah2 batu yang disediakan. Mak aiii ....memang semua tempat airnye dalam keliling pulau ni. Tapi jangan risau, sbb gelombang x kuat macam tengah crocodile island tadi. So aku lege, sbb x payah pakai life jacket yang melimitkan pergerakan dlm air. Seronok jugak main2 air, berenang2 anjing kat crystal cove ni. Penat berenang kami rest kejap untuk lunch - buah, roti, biskut semua kami hentam....lapar punye pasal.
Sejam kami di Crystal Cove, menikmati keindahan pulau yang airnya berkaca bak kristal. Selepas tu, kami ke magic island, hanya melalui nye saja... sbb masa x mengizinkan, lagi pun activity di sini pon sama - mandi manda / snorkling dan bole buat terjunan tiruk di paltform yang disediakan. Nak masuk sini kene bayar P150/ pax. Moh le layan lagi skit gambar2 di cystal cove ni!
Terjunan dr rakit yang x menjadi |
Hai pengantin baru...selamat hitamkan kulit |
Iki dapat ikan paling cantek! |
Kami suke Crystal Cove...JUMP!! |
Lebih kurang 2pm, kami dah sampai ke gueasthouse. Rehat, solat dan lunch dgn bekalan yang ada. Petangnye kami ke white beach untuk tgk pasir yang dikatakan putih & halus dan nak tgk sunset. Tapi awan mendung bile hampir senje, jadi sunset agak terlindung. Tetapi white beach x mengecewakan, cantik dan bersih. Memang best lepak sambil tengok keadaan sekeliling. Tgk gambo jom....
Yeaaa da pijak white beach! hhahah halus mulus pasir |
Awan mendung berarak |
No comments:
Post a Comment