Tuesday, January 24, 2012

KOngsi-Kongsi - Aqsa Syarif

4 hari coti CNY ni memang membosankan sebab aku tak balik....ni la akibat planning kucar kacir jap nak balik jap tak balik. So masa2 bersendirian ni aku buat ape2 yg aku suke e.g ronda2, baca buku, jaga Coco (si kucing Inang) dan makan2...hahah..nasib baek ade jugak jiran yg rapat, so aku mengangkut diaorg ni p teman aku tiap kali makan di luar. Tq jiran.. Bai & Cheq :)

Ok la....kali ni aku nak share sikit pasal AQSA SYARIF....gapo dio ni? yang aku tau diaorg ni ade involve dlm misi menyelamat GAZA di Palestine. Lebih dr tu aku x tau sehinggalah bile aku joint satu session yg IKRAM miri arrange special on Aqsa Syarif on last 22/1/12.

Aqsa Syarif ni satu company rupanye...ingat tak peristiwa Mavi Marmara? haaa diaorg ni la antara org kuat yang menyertai konvoi tu. Memang tinggi betul semangat diaorg ni kan? bukan senang tp disebabkan keprihatinan pada rakyat sesama Islam di Palestine dan juga usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa maka company ni di tubuhkan. Diaorang ni adalah sukarelawan atas dasar kemanusian. Fuhh memang kagum aku!


Mavi Marmara
Ape objective diaorg ni?

1. Sampaikan maklumat yg tepat pada rakyat Malaysia tentang isu pembebasan Palestine dan Masjid al-Aqsa
2. Salur bantuan kemanusian  kepada rakyat Palestine.
3. Salur bantuan kewangan berterusan
4. Membina jaringan kerjasama dgn organisasi berkaitan dgn Palestine di dlm dan luar negara.

Ahli lembaga tertinggi company ni ade 7 org and salah seorang ialah Dr Mohd Tahir (father of Faizal Tahir) - sorang je yg aku ingat sbb dia ayah artist feveret aku...suara mantop gitu! sama tak sama tak???

  

Ape information yg aku dpt?

Masha- Allah...Palestine ni dah di seksa dan di tawan oleh Zionis Yahudi sejak thn 1948 lagi. Bayangkan dah hampir 64 tahun dijajah. kesian sungguh rakyat Palastine...tak terkira berapa ramai dibunuh dgn kejam x kira tentera atau org awam.Hampir seluruh negara Palastine dah di tangan Yahudi dan yg tinggal hanya Gaza ( keluasan ada lah lebih kurang sebesar Negeri Sembilan). Tersangat la kecik dan padat sebab semua rakyat Islam Palestine hanya selamat di Gaza. Itu pun tentera Yahudi dok jaga and perati activiti diaorang. Gaza ni jugak dikenali sebagai penjara dunia terbesar sebab dikelilingi tembok tinggi sepanjang sempadan kawasan Gaza dan semua pintu masuk di kawal sepenuhnya oleh Yahudi. Sekarang hanya satu pintu masuk yg dibuka. Yahudi ni memang jahat...diaorg sekat makanan dr masuk ke Gaza kecuali yg di bekalkan oleh Yahudi. So, kalau di sana semua makanan or barang2 keperluan semuanya made by Yahudi...ni wakil Aqsa yg dtg cakap sebab dia sendiri ke sana (iron lady tau - Cik Hasyimah,muda lagi)
Map of Israel

 Gaza (ciput je - white area)


Ape lagi yang Hasyimah kongsi pasal kehidupan rakyat Islam Palestine... disana takde kes curi, bunuh atau dadah. Sangat baek kan? walaupun hidup susah...rumah sempit, makanan dan ubat tak cukop, x selamat..bile2 masa bole kene tembak atau bom. Tapi bumi Palestine memang dilindung Allah, sumber rezeki sentiasa ada...Hasyimah kata tanah disana subur , buah strawberi nak sama besar dgn lemon, lembu yg amat besor berbanding lembu kat Malaysia ni. Tengok gambar2 yg dikongsi memang tanjat boboi tau!
Rakyat Islam sana sgt berbangga dgn anak2 mereka yg syahid masa berperang sampai gambar2 diaorng ni ditampal sebesar alam di rumah dan jugak terpapar kat advertisment board di bandar Gaza. Bukan mcm tempat lain gambar pompuan seksi je yg byk..heheh. Walaupun begitu rakyat sana sgt percaya Allah akan menjaga mereka disebabkan itulah diaorang cekal meneruskan hidup. Ramai yg cacat dan xde pekerjaan hasil dari tindakan jahat Yahudi. Anak2 kecik lelaki suke melepak tp bukan lepak kat shopping complex tau...sebab dlm rumah sgt kecik dan x selesa so diaorg lepak sambil belajar mengaji, hafal al-quran dan belajar teknik mempertahankan diri. Sini ada camtu? memang jauh mcm  langit dgn bumi.. semangat juang dah di tanam dr kecik....x mcm negara susah yg lain...anak2 kecik ni x pandai meminta kalau ade org luar dtg atau takan terima pemberian duit sbb dah diajar ..semua bantuan mesti disalurkan pada tempat pengumpulan yg ditetapkan. Lepastu baru dibahagikan sama rata ikut level fakir,miskin dan golongan yg ada pekerjaan. Ya Allah...masa aku dengar ni memang aku rasa malu kalau kita tak jujur dan tak bersyukur.!

Banyak bantuan utk rakyat Palestine dah disalurkan selama company Aqsa Syarif ni selama beroperasi. Antaranya;

1) Pembinaan kilang roti persahabatan Malaysia-Palestine bernilai RM630K
2) Memberi dana RM25k untuk project ternakan lembu
3) Program anak yatim dan keluarga miskin Palestine
4) Bantuan persekolahan
5) Bekalan ubat-ubatan sebanyak RM150K melalui misi Aqsa2Gaza2
6) Qurban Kasih Ummah - 28 ekor lembu
7) Iftar sumbangan rakyat Malaysia - 1000 pek makanan bernilai RM100K

So, kalau ada antara kita yg dah menyumbang mungkin dah di gunakan untuk bantuan di atas. Yang penting ikhlas kan and at least kite tau la kemana duit tu dibelanjakan....alhamdulillah semoga kita dpt keberkatan.

Eh..aku nak share jugak latest project dr Aqsa Syarif yg kita bole joint untuk sama2 membantu....next entry!

Semoga ape yg aku sampaikan ni betul (maklum la aku bukan pengarang hebat pon). Ni base on my observation during that session.

Wallahualam!







No comments:

Post a Comment