Thursday, January 26, 2012

ROSE2ROSE (Dari Wanita Untuk Wanita)

As salam...
Maybe ade yg kata story pasal Al-Aqsa ni da outdated...tp aku rasa kita patut jugak ambik tau selagi issue Palastine belum selesai..betul tak? ni cuma dr hati aku la....x salah kalau nak ambik ikhtibar.

Sebelum ni aku ade story sket pasal Aqsa Syarif dgn activiti2 diaorg. Mesti ade tertanya nape nak sibuk2 dgn org d Palastine sedangkan kat Malaysia ni pon byk lg yg susah boleh kite tolong...errr susah jugak aku nak cakap. Tapi ape yg aku tau... itu adalah tuntutan kita sesama Islam sbb isu Palestin bukan isu politik, tetapi ia adalah isu yang lebih besar dari tu yg berkaitan dengan akidah umat Islam.

Ni antara petikan yg aku dpt berkaitan issue Palastine dan tuntutan terhdap kite sebagai Islam...

"Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah  SWT, apabila umat Islam
membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan
dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis Yahudi?
Ingatlah wahai saudara-saudaraku mengenai firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya: ayat
92 yang bermaksud;
Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang  satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah
engkau menyembah akan Daku”.

Sesunguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam, adalah
watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Ia bumi para Anbiya’ kerana
ramainya para nabi yang lahir di sana, antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf dan Nabi Ismail
`alaihimussalam. Bumi ini telah menyaksikan penukaran tongkat kepimpinan dunia daripada
Anbiya’ terdahulu kepada nabi Muhammad SAW apabila Baginda SAW menjadi imam ketika
solat di Masjidil Aqsa."


So, renung-renugkanlah. Ape yg kita boleh buat? tak semestinya kita pergi tarung nyawa di Palestine tp paling kurang membantu dgn cara lain i.e bg bantuan duit or barangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam. Aku bukan nak berdakwah ke ape...tp rasanya ape yg patut aku sampaikan aku cube la...takan nak cerita pasal p holiday je kan...hehehe...even after this kalau ade yg nak buat bantuan untuk rakyat Islam dimana2 negara saja pon aku akan sokong!

Ok back to ROSE2ROSE...
Ni satu lg usaha Aqsa Syarif khas untuk para wanita yg berminat untuk sama2 membantu rakyat Islam Palastine. Usaha ini ialah merupakan Projek Pusat Komuniti Wanita Palestin yang diberi nama “Rose Al-Aqsa”. Pusat ni bertujuan untuk improve kan lg kemahiran wanita Islam di Palestine dlm bidang kemahiran kraf, menjahit dan industri makanan.

Nak tau lebih lanjut jom click sini ROSE2ROSE

"Buat la ape yg termampu dan ingatlah walau sebesar zarah pun kebajikan yg dilakukan akan di hitung dan dibalas oleh Allah SWT.....insyAllah"


No comments:

Post a Comment