Thursday, March 29, 2012

Tahniah untuk Kamu

Assalamualaikum...

Ehem2....renjis2 dipilis ditepungi ditawar...mood orang kawen hehe

Hantaran designed by Dja

Aku nak ucapkan tahniah kepada adik ku yg ke-4 Norie a.k.a Dikja sbb dah selesai melangsungkan majlis pertunangannye dgn En Shazaril Azhar a.k.a Jaja. Nama timangan pon ala2 sama kan...hahhaha Jajajabin!

On last 24th Mac rumah kat Kg Awah penuh dgn orang masa majlis berlangsung. Alhamdulillah....ramai sedara mara datang...bagus la kan ni la masanye nak berjumpe. Walau pun penat tp seronok. Aku ingat mak abah nak buat simple2 je...tgk siap naik 2 bijik khemah tu...agak susak nak menyimplekan kenduri sbb sekampung tu sedara semua...camano makcik nak pilih2...kang ade yg kocik ati lg susah.

Cam biase kalau majlis kenduri kitaorg masak sendiri. Tak pakai catering...gotong royong dgn sedara mara sekampung. Mungkin sekarang x ramai yg practise cam tu kan sbb nak senang. Memang dah adat family aku ni suke bebenor berpenat-penatan asalkan dpt buat sama2. Sambil2 basuh ayam bole ar gossip2 sket kwang222. Menu untuk majlis tunang Dikja as below, tp x sempat nak snap gambo kalau tak memang meleleh air liur korang;

1) Gulai nenas ikan masin
2) Kerabu paku (bukan paku dinding ye...sayur paku)
3) Ayam masak merah
4) Ikan masin - dr KK (sodap)
5) Sambal belimbing hitam (ni kat pahang je ade tau)
6) Ulam-ulaman
7) Tembikai
8) Air Sirap

Family Jaja kata sedap masakan org Pahang ni...terima kasih la ye! ke sebab dah kelaparan semua jadi sedap. Tp bg aku memang special la....semua best2 mayb tukang masak tu pun mood kawen kakakakak.....macam org kata kalau kita masak dgn kasih sayang rasa tu dpt mengalir dlm makanan yg dimasak...cer cube masak sambil maki hamun mane tau maggie bole tukar rasa pahit ke....cube lah!

Yang tak bestnye aku terdemam semalamam....haiya kacau betul. Tp takpe la tu rezeki tuhan bagi sabar je la...nasib baik on the big day aku dah ok sket cuma sakit kepala tak hilang2. All in all semua family seronok dan majlis berjalan lancar..Alhamdullillah.

Kepada family Jaja, thanks sbb sudi datang ramai2. Semoga jodoh kamu berdua panjang dan dpt melangsungkan perkahwinan yg barakah next year.

Org kampung koi pon terima kasih jugok la yak...tak lupe family terdekat yg bertungkus lumus dr sebelum kenduri lagi sampai selesai....jom layan pics....
make over by La Majid

ready..yeah

Tasha..mak long miss u sooo much!

like your teeth...wuhaha

Doa selamat before majlis pertunangan

Jaja's family dah sampaiii..welcome

Dayang2 dr KL...heheh comel kamu semua

Ni dayang DD & Mja

Mak & Abah menyambut tetamu

Hantaran from both side

Sile2 masuk jgn malu..

Dja and housemate

Dja control ayu
Mane aku? x bole jd ni


Me & Mja

Lovely cousins Farah & Natrah

Jaja's sister

Jaja's Family


Kek for Jaja



From Jaja



berdebar nye muke Dja..heheh

Yeah dpt cicncin...tq Mama
Yeah....dah jd tunangan Jaja....ehem
yeah Mama pon happy
Yahoooo...aku lagiiiiii happy!
My & sisters

Touch up 

Long Ros sedondon

Mak & Mama & Family

Chocolate for Jaja

Jaja's Family

Penyeri majlis

Dja & close friends

Abang Lat & Dja 

Tahniah untuk kamu...

I luv this guy!

Cantek gak baju pinjam aku tu!

I pray for your happiness!

Pak Itam & Dja

Comel kamu berdua ni

Tasha sayang mak teh..tak suke mak de!




Sunday, March 11, 2012

Waktu Doa Mustajab


Hmmm lebat betul hujan kat Miri malam ni....angin pon kuat. Dah ler aku x dpt tido sbb risau dgr dentam dentum kat luar huhu....tetiba nak cari doa ketika hujan lebat (hehe x hafal). Jom berdoa semoga hujan ini memberi rahmat bukan bencana. Kesian kawan2 kat offshore....




"Ya allah berikanlah (menfaat) hujan ini kepada kami dan jangan (kemudarathan) ke atas kami"

Tetiba nak share waktu doa yang lebih mustajab jugak sbb masa hujan ni diantara masa yang baik untuk berdoa...kuikuikui...aku pun x ingat semuanya....untuk pesanan diri sendiri.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguh lah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .”(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Saturday, March 10, 2012

Syarat sah penyertaan Miri Games

As-Salam

../image/soccer.jpg
Lawak tul pic ni....wahahahah
Lately mood aku ni nak bermain je...bersukan ye bukan main video games. After office announce Miri Games will be started on 9/4 sampai skang mood aku jd agresif and adrenalin bertambah banyak. hahahhah...lawak pon ade tp tu sebenarnye nak tambah semangat kerje jugak...cayok laily cayoooooook.

Actually takde la aku active sgt pon...saje nak sibuk2 buat kecoh at least bole tambah semangat ye dok? BTW petang ni nak p practise pool....wieeeeee...

Oh ye...sempena musim sport di SKO (my opis ler) in this coming April aku nak share beberapa fakta berkenaan bersukan. Moga dpt jd panduan diri aku sendiri dan sape2 yg berkenaan. Jom baca jap..maap le wordy sket. Ni aku pun copy from other webpage...artikel yg bagus, bukan saja untuk players tp untuk penyokong jugak...hahah nah amik kau!! sorak-sorak jugak..



Bersukan Menurut Islam

Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam
Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak
kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk
bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat
Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila
pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Bagaimana Islam Memandang Sukan?
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan
supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak
mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih
disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Kesan Sukan Kepada Badan :
Di dalam kitabnya yang terkenal „Zad-Al-Ma`aad‟, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan
pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan
dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan
melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai
dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan
sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Bersukan Dalam Islam :
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar,
fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini,
Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan
dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti  

hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah.
Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara
manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya
terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak
boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang
kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika
mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan
layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan  ialah satu sifat
munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika
ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya
ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia
meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap,
dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan 
seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk)

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan: 
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong
meninggalkan tugas-tugas agama ( fardu ain ) dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan
cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak
misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan
adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran
Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua
jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan
menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang
ramai.
7- Setiap pertandingan tidak mengandungi unsur juga maksiat yang lain....

Tuesday, March 6, 2012

The Devotion of Suspect X

Before i go to sleep..nak cerita skit the latest book that i read. All in all aku rate this book 8/10...seronok dibaca begitu saja! heheh


Secara ringkas buku ni pasal pembunuhan oleh seorang perempuan terhadap bekas suaminye! kesian sungguh dah la X kene bunuh plak....tapi lepas penyiasatan dijalankan oleh detektif Kusanagi...minah yg membunuh ni langsung tak di sabitkan dlm kes ni tapi jiranye plak yg mengaku membunuh. Ini menambahkan keconfusan Detektif Kusanagi....cam mane org lain plak bole ngaku membunuh! After further penyiasatan...jiran yg mengaku membunuh tu sebenarnye tak membunuh the X tp bunuh org lain...ehh camne lg confuse...gile ke ape mengaku bunuh tp silap org ke? So kene baca la kalau nak tau cerite sebenar.

Ini bukan translate synopsis ye tp serba ringkas from my reading...Story book ni sgt terkenal di Japan dan di translate in english for national reader. Ala2 detective conan gitu la...tp bg aku bukan detektif tu yg bijak tp si Jiran yg mengaku membunuh because he planned all the story until successfully safe the lady from criminal.

Tp the ending tu ala2 jiwang sket....kerana cinta punah segala! Jom baca...tp kene beli dulu la...nak pinjam? bole je....sewa kene runding....Gud nite all!


Mari memasak - Grill Salmon & Fresh Pomegranate Salad

Hohoho....se lagi resepi yg nak di share by Chef Joe.

This time around kita cuba masak salmon plak. As usual resepi bakar membakar ni memang senang dan cepat. Rasa pon sedap...selagi we can maintain the freshness of whatever yg dibakar with good heat control.

Moh tgk resepi simple ni...15 mnts bole siap masak

Ingredients & how to cook
1) Ready the salmon...kalau bole beli yg tebal skit isinye. U can choose frozen or freash salmon from market.
2) Add some salt, pepper, mix herbs and olive oil....marinate about 10-15 mnts.
3) Panaskan grill pan....and masukan salmon...slamat membakar!
4) Palingkan for both side around 3-4 mnts each and siap untuk dihidang! Don't cook too long..it will loose the juiciness.
5) Ready kan fresh salad (ikut suke jenis yg mana)...masukan sedikit olive oil, grind black pepper, pomegranet, parmesan cheese & salt to taste.
6)You can eat together with grill potato wedges and harsh brown! yummy

Crispy salmon + sweetness of pomegranate = aku suke :)
Bole tambah lemon juice
or chilli sauce