Saturday, March 10, 2012

Syarat sah penyertaan Miri Games

As-Salam

../image/soccer.jpg
Lawak tul pic ni....wahahahah
Lately mood aku ni nak bermain je...bersukan ye bukan main video games. After office announce Miri Games will be started on 9/4 sampai skang mood aku jd agresif and adrenalin bertambah banyak. hahahhah...lawak pon ade tp tu sebenarnye nak tambah semangat kerje jugak...cayok laily cayoooooook.

Actually takde la aku active sgt pon...saje nak sibuk2 buat kecoh at least bole tambah semangat ye dok? BTW petang ni nak p practise pool....wieeeeee...

Oh ye...sempena musim sport di SKO (my opis ler) in this coming April aku nak share beberapa fakta berkenaan bersukan. Moga dpt jd panduan diri aku sendiri dan sape2 yg berkenaan. Jom baca jap..maap le wordy sket. Ni aku pun copy from other webpage...artikel yg bagus, bukan saja untuk players tp untuk penyokong jugak...hahah nah amik kau!! sorak-sorak jugak..



Bersukan Menurut Islam

Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam
Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak
kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk
bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat
Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila
pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Bagaimana Islam Memandang Sukan?
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan
supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak
mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih
disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Kesan Sukan Kepada Badan :
Di dalam kitabnya yang terkenal „Zad-Al-Ma`aad‟, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan
pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan
dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan
melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai
dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan
sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Bersukan Dalam Islam :
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar,
fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini,
Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan
dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti  

hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah.
Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara
manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya
terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak
boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang
kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika
mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan
layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan  ialah satu sifat
munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika
ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya
ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia
meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap,
dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan 
seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk)

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan: 
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong
meninggalkan tugas-tugas agama ( fardu ain ) dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan
cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak
misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan
adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran
Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua
jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan
menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang
ramai.
7- Setiap pertandingan tidak mengandungi unsur juga maksiat yang lain....

No comments:

Post a Comment